TERMA DAN SYARAT UMUM PERTANDINGAN

SYARAT-SYARAT AM

  1. Tema pertandingan adalah “KEAJAIBAN SAINS; REFLEKSI KEHIDUPAN DAN ALAM” dengan tanda pagar (hashtag) #KeajaibanSAINS. Peserta perlu menonjolkan unsur atau elemen sains dan hubungkait di dalam kehidupan manusia dan juga alam semulajadi di dalam foto-foto yang dirakam. Ini mampu menzahirkan kepada masyarakat bahawa sains, kehidupan serta alam semulajadi adalah saling berkaitan.
  2. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua Warganegara Malaysia samada pelajar atau orang awam yang menetap,belajar atau bekerja di negeri Terengganu Darul Iman.
  3. Gambar-gambar yang dihantar mestilah dirakam di dalam Negeri Terengganu Darul Iman.
  4. Penyertaan adalah percuma. Tiada had bagi jumlah (kuantiti) foto penyertaan yang ingin dihantar namun seorang peserta hanya layak untuk memenangi SATU hadiah sahaja bagi setiap kategori.
  5. Penyertaan dibuat secara individu bagi setiap kategori dan hadiah juga akan diberi secara individu kepada pemenang.
  6. Hadiah khas akan diberikan kepada pihak sekolah/insitusi pengajian tinggi yang menghantar penyertaan terbanyak (kuantiti). Justeru, pihak sekolah atau IPT digalakkan bekerjasama dengan pelajar-pelajar untuk menyertai pertandingan fotografi ini.
  7. Tarikh pertandingan bermula dari 26 Ogos 2020 hingga 25 September 2020.
  8. Foto juga mestilah bersifat terkini atau semasa iaitu foto yang diambil dalam tahun 2020 sahaja.
  9. Foto mestilah pertama kali dipertandingkan dan belum pernah memenangi dalam mana-mana pertandingan fotografi sebelum ini.
  10. Sebarang aspek suntingan misalnya pencahayaan, cropping, softeningdan sharpening terhadap foto menggunakan sebarang apps adalah dibenarkan manakala teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs yang bersifat manipulasi adalah tidak dibenarkan.
  11. Peserta boleh menggunakan sebarang jenis kamera digital (DSLR atau Mirrorless) atau kamera telefon mudah alih.
  12. Hakcipta setiap gambar adalah milik peserta, walaupun begitu pihak penganjur berhak menggunakannya dalam program dan penerbitan atau sebarang aspek pengiklanan di media masa yang tidak melibatkan keuntungan dalam usaha mempromosikan SAINS KEPADA MASYARAKAT. Pihak penganjur akan memberikan kredit (nama jurugambar) pada setiap gambar yang akan digunakan untuk tujuan diatas.
  13. Peserta bertanggungjawab mendapatkan keizinan daripada individu-individu (sekiranya muncul dalam foto berkenaan). Tuntutan daripada mana-mana pihak tidak boleh dibuat terhadap pihak penganjur sekiranya foto-foto tersebut digunakan untuk sebarang program pihak penganjur, promosi dan pengiklanan berkaitan sains dalam kehidupan dan alam sekitar anjuran pihak penganjur.
  14. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas karya dan tidak melanggar syarat hak cipta, hak milik, tanda dagangan, hak privasi individu atau organisasi.
  15. Keputusan pertandingan adalah ditentukan sepenuhnya oleh penganjur dan bersifat muktamad.
  16. Jika berlaku sebarang pelanggaran terma dan syarat pertandingan, kemenangan adalah terbatal dan peserta hendaklah memulangkan semua hadiah dan sijil yang diterima.
  17. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohamad Faiz bin Mahmood di talian 03-26910651 atau emel faiz@ypasm.my

KATEGORI DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN (mengikut kategori)

Kategori Umum (18 tahun keatas)

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang menetap, bekerja atau belajar di Negeri Terengganu sahaja (beralamat di Terengganu namun tidak semestinya lahir di Terengganu)
  • Peserta mestilah menghantar gambar dalam format JPEG beresolusi tingggi (300dpi) dan berukuran 4000 pix (bagi mana-mana belah yang panjang samada melintang atau menegak)

Kategori Media Sosial (orang awam dan pelajar)

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia dan pelajar (sekolah rendah, menengah atau IPT) yang menetap, bekerja atau belajar di Negeri Terengganu sahaja (beralamat di Terengganu namun tidak semestinya lahir di Terengganu)
  • Peserta dibenarkan menghantar/memuatnaik gambar bersaiz kecil di media sosial namun pihak penganjur akan meminta gambar beresolusi tinggi sekiranya gambar tersebut terpilih sebagai pemenang.

CARA MENGHANTAR PENYERTAAN

Kategori Umum

  • Karya foto hendaklah diemelkan dalam bentuk soft copy sahaja beserta dengan ‘Lampiran A’ yang mengandungi informasi tentang setiap gambar yang dihantar (iaitu nama fail, nama peserta, tajuk, dan lokasi)
  • Karya foto hendaklah diemelkan beserta ‘Lampiran A’ melalui pautan ‘Google Drive’ ataupun ‘We Transfer’ (sekiranya ingin menghantar gambar yang banyak) kepada faiz@ypasm.my
  • Peserta diwajibkan untuk mengisi borang penyertaan di ‘Google Form’ (https://forms.gle/eJiX6CNi92NVPmer5)
  • Lampiran A boleh dimuatnaik di laman sesawang www.ypasm.my

Kategori Media Sosial

  • Peserta harus memuat naik gambar di FACEBOOK ATAU INSTAGRAM masing-masing beserta nama peserta, sekolah/IPT (untuk pelajar), tajuk dan lokasi  tersebut
  • Peserta diwajibkan meletakkan tanda pagar : #keajaibansainsrefleksikehidupandanalam #minggusainsnegara2020 #msnterengganu2020 #ypasm
  • Peserta juga harus mengisi borang penyertaan di Google form (https://forms.gle/eJiX6CNi92NVPmer5) bagi setiap gambar yang dimuat naik di media sosial dan mengkongsikan ‘posting link’ gambar tersebut di dalam google form

PENJURIAN

Kategori Umum

  • Penjurian akan dibuat 100% dari penjurian professional oleh juri yang akan dilantik oleh penganjur.
  • Penghakiman/ penjurian adalah berdasarkan terma dan syarat yang digariskan, kualiti dan kreativiti foto serta mesej yang mampu ditonjolkan dalam karya.
  • Keputusan adalah muktamad

Kategori Media Sosial

  • Penjurian berdasarkan kepada 50% undian ‘LIKE’ di Media Sosial dan 50% lagi adalah dari juri professional.
  • Keputusan adalah muktamad

Tarikh Tutup Pertandingan: 25 September 2020

Sila muat turun syarat-syarat pertandingan dipautan dibawah.


MAKLUMAT LANJUT
Urusetia Pertandingan Fotografi Sains Peringkat Negeri Terengganu
YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN
902-4 Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2691 0651
Pegawai Penyelaras: Mohamad Faiz bin Mahmood / faiz@ypasm.my