Pertandingan Reka Cipta Komik


KONSEP DAN FORMAT PERTANDINGAN REKA CIPTA KOMIK

  1. Peserta dikehendaki mencipta komik berdasarkan tema yang ditetapkan dan menerapkan salah satu atau kombinasi elemen sains, teknologi, inovasi atau kesihatan dalam penceritaan.
  2. Kartun boleh dilukis dengan menggunakan grafik komputer atau dengan lukisan tangan (free hand drawing) dan hendaklah diwarnakan.
  3. Saiz komik adalah A5 dengan minimum EMPAT mukasurat (Tidak termasuk mukasurat hadapan). Muka surat hadapan hendaklah di isi dengan tajuk komik, nama peserta dan nama sekolah (sekiranya berkaitan)
  4. Maksimum 3 ke 4 gambar boleh dimuatkan bagi satu-satu mukasurat.
  5. Skrip dialog hendaklah menarik dan ditulis dengan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
  6. Bahan pertandingan akan dinilai melalui ketepatan tema, keaslian karya, kreativiti, ketelitian dan kandungan penceritaan yang memaparkan satu atau kombinasi elemen sepertti berikut :
    • Sains dan Teknologi
    • Kesihatan (Fizikal atau Mental)
  7. Kotak dan belon dialog hendaklah dilukis dengan jelas dan senang dibaca.
  8. Tulisan hendaklah menggunakan jenis Calibri dengan saiz font 10.
  9. Setiap helaian artwork dan layout dialog mempunyai nombor muka suratnya.
  10. Bahan pertandingan perlu dihantar dalam format PDF dan dihantar ke alamat e-mel antartika.ypasm@gmail.com (Penyertaan yang menggunakan lukisan tangan hendaklah di imbas (scan) dan dihantar melalui e-mel).

 

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Pertandingan ini adalah percuma dan terbuka kepada orang awam dan semua pelajar sekolah seluruh Malaysia.
  2. Pertandingan terbuka secara individu dan berkumpulan (Maksimum TIGA orang).
  3. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak memenangi satu hadiah.
  4. Penyertaan yang berkualiti dan menepati tema dan syarat sahaja akan diterima dan diberi sijil penyertaan.
  5. Bahan pertandingan akan dinilai melalui keaslian karya,ketepatan fakta, kreativiti, ketelitian, kandungan dan kesesuaian tema.
  6. Penyertaan yang dihantar tidak akan dikembalikan dan segala penyertaan akan menjadi hak milik pihak penganjur.
  7. Karya yang dihantar tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan atau disiarkan oleh mana-mana pihak.
  8. Karya tidak mengandungi isu-isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian agama, kaum, politik, masyarakat dan budaya di Malaysia.
  9. Sekretariat dan ahli jawatan penganjur tidak dibenarkan terlibat dalam pertandingan ini.
  10. Keputusan Panel Juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Tarikh Pertandingan: 12 Jun 2020 – 31 Ogos  2020

Tarikh Tutup Pertandingan: 31 Ogos 2020

 


MAKLUMAT LANJUT
Urusetia Pertandingan Video Kreatif
YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN
902-4 Jalan Tun Ismail,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.Tel: 03-2691 0651
Pegawai Penyelaras: Mohamad Faiz bin Mahmood