Pertandingan Reka Cipta Video


KONSEP DAN FORMAT PERTANDINGAN REKA CIPTA VIDEO

  1. Penyertaan boleh dikemukakan secara individu / kumpulan (Maksimum TIGA orang).
  2. Peserta diminta untuk memuatnaik video kreatif didalam media sosial (instagram dan Facebook) menggunakan hashtag  #YPASMbersamamemerangicovid19 #minggusainsnegara2020 dan “tag” Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (Facebook) dan YPASM (Instagram).
  3. Bahan pertandingan akan dinilai melalui ketepatan tema, keaslian karya, kreativiti, ketelitian dan kandungan penceritaan yang memaparkan satu atau kombinasi elemen sepertti berikut :
    • Sains dan Teknologi
    • Kesihatan (Fizikal atau Mental)
  4. Penyertaan yang dihantar tidak akan dikembalikan dan segala penyertaan akan menjadi hak milik pihak penganjur.
  5. Hanya Karya ASLI yang akan diterima. Sekiranya didapati video yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan serta-merta.
  6. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana- mana pertandingan.
  7. Berbentuk penceritaan dalam Video Kreatif:
    • Mempunyai plot atau jalan cerita
    • Mempunyai bunyi latar sama ada adunan muzik, bunyi, voice-over atau kesemuanya / sebahagiannya.
    • Video yang dihasilkan mestilah diantara durasi yang ditetapkan iaitu di antara (2-4 minit)
    • Intipati video juga tidak menyentuh sesitiviti keagamaan, perkauman, politik dan sebagainya.
  8. Kos penyertaan pertandingan adalah ditanggung oleh peserta.
  9. Keputusan Panel Juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  10. Peserta perlu memuat naik video yang ingin dipertandingkan ke platform Google Drive.
  11. Kongsi pautan video (Link Video) tersebut ke alamat email ypasmvideokreatif@gmail.com

Tarikh Pertandingan: 12 Jun 2020 – 31 Ogos  2020

Tarikh Tutup Pertandingan: 31 Ogos 2020


MAKLUMAT LANJUT
Urusetia Pertandingan Video Kreatif
YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN
902-4 Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-2691 0651
Pegawai Penyelaras: Mohamad Faiz bin Mahmood