Pertandingan Diorama dan Reka Cipta Inovasi 2025
PENGENALAN
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan dengan sokongan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan menganjurkan Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi Diorama kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia bagi menggalakkan budaya reka cipta inovasi berfokuskan kepada kelestarian alam dan isu perubahan iklim di Wilayah Polar. Pertandingan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran peserta untuk lebih menghargai alam sekitar melalui reka bentuk teknologi yang berasaskan prinsip kelestarian alam.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
Objektif pertandingan ini ialah;
- Mencungkil bakat pelajar di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi sains dan kejuteraan dan matematik (STEM).
- Menyediakan platform kepada peserta untuk menyumbang idea inovasi dalam mencipta dan menghasilkan rekaan baru.
- Meningkatkan kesedaran tentang kaitan antara ekosistem polar dan tropika serta kepentingannya dalam keseimbangan alam sekitar global.
- Meningkatkan Kemahiran komunikasi dan Kemahiran sosial dalam proses Pembangunan projek.
- Meningkatkan mengenai kepentingan kitar semula melalui penerapan konsep kelestarian dalam reka bentuk dan inovasi.
TEMA PERTANDINGAN
Kelestarian Alam: Dari Wilayah Polar ke Tropika.

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN
- Penyertaan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5).
- Setiap pasukan diwakili oleh maksima 3 peserta dan seorang guru pembimbing.
- Semua penyertaan hendaklah dibuat atas nama sekolah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.
- Kos berkaitan penghasilan projek adalah di atas tanggungan sekolah yang mengambil bahagian.
- Projek inovasi reka cipta yang dihasilkan mestilah menepati dengan tema pertandingan.
- Projek mesti merupakan hasil idea asli. Sebarang bentuk plagiarisme adalah dilarang dan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
- Bahasa yang digunakan dalam kertas projek dan sesi pembentangan ialah Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta pertandingan.
- Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan projek adalah sangat digalakkan.
- Adaptasi penambahbaikan idea ke atas projek sedia ada boleh diterima selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
- Idea reka bentuk projek mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau dimajukan kepada mana-mana sektor pembuatan.
- Penggunaan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan selagi sah di sisi Undang-Undang Siber Malaysia.
- Penggunaan perisian komputer adalah di bawah tanggungjawab peserta dan sebarang kesan negatif adalah di bawah tanggungan pasukan yang mengambil bahagian.
- Keputusan panel hakim adalah MUKTAMAD.
KATEGORI PROJEK YANG DIPERTANDINGKAN
Pertandingan Reka Cipta Dan Inovasi Diorama menekankan kepada 2 kategori produk yang dipertandingkan:
- Penciptaan – Penciptaan proses atau produk inovasi baru
- Inovatif – Penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada
PUSINGAN AWAL PERTANDINGAN
Peserta hanya perlu menghantar kertas konsep berkaitan projek kepada pihak penganjur bagi penilaian awal untuk KELAYAKKAN ke pusingan akhir.
Format kertas konsep awal perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
- Tajuk projek – Nyatakan projek, nama peserta, guru pembimbing dan sekolah. Tajuk perlu ditulis dengan “bold” dan jelas
- Pengenalan – Latar belakang projek, penyataan masalah
- Metodologi/proses projek – Reka bentuk dan perincian projek, bahan, alatan dan prosedur yang dijalankan.
- Proses – Terangkan proses kerja yang digunakan dalam pengumpulan data. Sertakan foto serta lakaran bahan projek.
- Rujukan – Senarai bahan rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format tertentu (contoh: tajuk buku, artikel, nama pengarang, tahun terbitan, muka surat).
- Peserta/kumpulan yang layak ke pusingan akhir akan di dihubungi oleh penganjur dan di umumkan di media sosial YPASM untuk ke pusingan akhir.
- Semua kertas konsep awal perlu diemailkan kepada pertandingandiorama2025@gmail.com sebelum 20 Julai 2025 dalam format PDF.
- Setiap peserta perlu melengkapkan semua data penyertaan di pautan: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1aDpD3BtNdy3 iMqwvKS8P5g9xvJ734ff/editusp=sharing&ouid=102283948203446750193&rtpof=true&sd=true
- 15 kertas konsep terbaik akan terpilih ke peringkat akhir.
PUSINGAN AKHIR PERTANDINGAN
- Peserta hendaklah menyediakan sinopsis atau ringkasan hasil projek melalui rakaman video. Format sinopsis/ ringkasan menggunakan Font Calibri, saiz tulisan 12 dan single spacing.
- Menepati tema yang telah ditetapkan.
- Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif.
- Karya yang dihasilkan menggambarkan kreativiti peserta, mengandungi nilai-nilai murni dan tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan, keagamaan, unsur lucah, kekejaman dan politik.
- Tempoh klip video adalah berdurasi 3 hingga 5 minit. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit bagi menceritakan hasil projek yang dihasilkan.
- Video hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV dan MP4. Resolusi minimum video yang dihantar adalah HD – 1080p.
- Format nama video (Nama Video_Nama Sekolah_ Nama peserta).
- Video sinopsis perlu diemailkan kepada urusetia pertandingandiorama2025@gmail.com sebelum 29 Ogos 2025.